Chicago Cubs
Chicago Cubs

Chicago Cubs

Chicago Cubs ialah sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Chicago. Cubs bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) divisyen Pusat. Cubs beraksi di venue Wrigley Field, yang terletak di bahagian utara Chicago. Cubs merupakan salah satu daripada dua pasukan MLB yang berpusat di Chicago selain Chicago White Sox, yang merupakan anggota American League (AL) divisyen Pusat. Cubs pada awalnya dikenali sebagai White Stockings merupakan anggota penubuh NL pada 1876 sebelum ia berubah menjadi Chicago Cubs pada tahun 1903.[3][4]Sepanjang sejarah pasukan, Cubs telah beraksi dalam 11 perlawanan Siri Dunia. Pasukan Cubs pada tahun 1906 telah mencatatkan 116 kemenangan dengan merekodkan 116–36 sebelum mereka kecundang kepada White Sox dalam Siri Dunia ("The Hitless Wonders"). Cubs seterusnya memenangi dua pencapaian Siri Dunia berturut-turut pada 1907 dan 1908 sekali gus menjadi pasukan MLB pertama yang beraksi di tiga kejuaraan Siri Dunia berturut-turut dan pasukan pertama yang memenanginya secara dua kali berturut-turut. Pada baru-baru ini, Cubs meraih kemenangan Siri Dunia pada 2016 sekali gus mengakhiri penantian selama 71 tahun bagi kejayaan pennant National League dan penantian 108 tahun kemarau kejuaraan Siri Dunia.[5] Kedua-duanya menjadi rekod kemarau dalam sejarah MLB.[6][7] Bahkan penantian selama 108 tahun itu juga merupakan kemarau terpanjang dalam liga sukan utama di Amerika Syarikat dan Kanada.[8] Sejak permulaan permainan di divisyen, Cubs tampil dalam postseason sebanyak 11 kali sehingga tahun 2022.[9][10]Cubs juga dikenali sebagai "the North Siders", yang merujuk kepada lokasi Wrigley Field di dalam bandaraya Chicago dan ia bertentangan dengan White Sox, di mana arena venuenya (Guaranteed Rate Field) terletak di South Side.Sehingga tahun 2022, Cubs telah merekodkan 11,161–10,609.[11]

Rujukan

WikiPedia: Chicago Cubs https://www.mlb.com/cubs/news/best-cubs-baseball-c... https://web.archive.org/web/20210614031151/https:/... https://www.mlb.com/cut4/kyle-schwarber-wears-red-... https://www.mlb.com/news/20-amazing-cubs-and-india... http://ourgame.mlblogs.com/2015/05/04/why-is-the-n... https://www.mlb.com/gameday/dodgers-vs-cubs/2016/1... http://sports.espn.go.com/mlb/news/story?id=282325... https://sports.yahoo.com/mlb/recap;_ylt=AmqT0AWKFl... https://web.archive.org/web/20171130223630/http://... http://m.mlb.com/news/article/207938228/chicago-cu...